Friday, December 12, 2008

aku disini

aku tinggalkan semuanya.
buat insan yang mencintai aku.
aku biarkan bahagia itu pergi.
saban hari memaksa diri untuk membenci.
makan hati sendiri.

puas kan hati mereka dengan membunuh sebesar apa jua hati ini.
dan kini mereka semua tertawa besar.
gembira menghadap semua.
biar aku~
sendiri sepi disini menanti suatu yang tiada pasti.

pastinya aku erti,
yg tersisa itu kebanyakannya pahit,
tp maseh ada yg manes.
dan yg manes itu jadi segalanya.
jadi jgn minta aku lupakan dia.
jangan minta aku buang semuanya.
kerana itu sahaja yang tinggal buat aku.

setiap malam hati ini. .
meronta mahu ke masa dulu.
mencari bayang yang telah lama pergi.
menangis mahu dipeluk kecintaannya itu.
menanti semua perkara terulang kembali.

adakah permintaan itu melebihi yang sepatutnya?
sejauh apa pon pengorbanan itu,
yang tinggal tetap aku sendiri.
mencari - cari jalan berpatah semula.
tunjukkan aku kemana harus aku melangkah.



1 comment:

a n d a said...

berbaloikah pengorbanan jika kamu sendiri akhirnya terkorban ?

//p o t p e t